> ## Documentation Index
> Fetch the complete documentation index at: https://docs.petakopi.my/llms.txt
> Use this file to discover all available pages before exploring further.

# Quick Start (BM)

> Mulakan program loyalty dalam beberapa minit menggunakan aplikasi petakopi.my

Panduan ringkas untuk pemilik kedai yang baru hendak memulakan program loyalty menggunakan aplikasi mudah alih petakopi.my.

<Info>Belum memuat turun aplikasi? [Muat turun di sini](/getting-started/download-app). Untuk versi Bahasa Inggeris, lihat [Quick Start (EN)](/loyalty-card/quick-start).</Info>

<Warning>
  **Sebelum mula, pastikan:**

  * Kedai anda sudah didaftarkan di petakopi.my
  * Anda sudah disahkan sebagai pemilik kedai tersebut

  Tanpa kedua-duanya, menu **"Manage"** tidak akan muncul dalam aplikasi. Belum claim kedai anda? Lihat [panduan claim kedai](/getting-started/claim-ownership) atau [WhatsApp kami](/getting-started/contact).
</Warning>

## Cuba semua aliran

Sebaiknya, kita cuba semua aliran ini terlebih dahulu — sebagai pemilik dan juga sebagai pelanggan (gunakan dua telefon atau dua akaun berbeza supaya anda dapat melihat dari kedua-dua sudut):

* Cipta program loyalty (sebagai pemilik)
* Muat turun kad (sebagai pemilik dan pelanggan)
* Berikan stamp (sebagai pemilik dan pelanggan)
* Tebus ganjaran (sebagai pemilik dan pelanggan)
* Muat turun kad baharu (sebagai pemilik dan pelanggan)

<Note>**Pelanggan tidak perlu memuat turun aplikasi.** Mereka boleh mendapatkan dan menggunakan kad terus dari pelayar web di telefon. Aliran ini sengaja direka supaya pelanggan tidak perlu menunggu lama di kaunter — proses yang pantas bermakna giliran bergerak laju, dan itu baik untuk bisnes anda.</Note>

## 1. Cipta program

<Frame caption="Tab Home dengan menu Manage">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-home-manage.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=54b25e7f79cc0426626f189b506201c9" alt="Tab Home dalam aplikasi petakopi.my dengan menu Manage" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-home-manage.png" />
</Frame>

<Steps>
  <Step title="Buka Home">
    Tekan **Home** di bahagian bawah kiri.
  </Step>

  <Step title="Pergi ke Manage">
    Anda akan melihat menu **"Manage"** di sini.
  </Step>

  <Step title="Pilih kedai anda">
    Selepas klik, nama kedai anda akan dipaparkan dalam senarai. Klik nama kedai tersebut.
  </Step>

  <Step title="Buka Loyalty">
    Kemudian klik **Loyalty**.
  </Step>

  <Step title="Tekan Create Program">
    Seterusnya tekan **"Create Program"** di bahagian atas kanan.
  </Step>
</Steps>

<Frame caption="Senarai program loyalty dengan butang Create Program">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-loyalty-list.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=4396ad94f5357c044c1166c3d4ed1c98" alt="Senarai program loyalty dalam aplikasi dengan butang Create Program di bahagian atas kanan" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-loyalty-list.png" />
</Frame>

<Steps>
  <Step title="Isi maklumat">
    Isi maklumat program. Untuk percubaan, ringkaskan dahulu — kita hanya ingin mencuba.

    Cukup masukkan nama program sahaja. Medan yang lain tidak perlu diisi kerana ini hanya percubaan.

    <Tip>Jika ada maklumat yang tidak pasti, [WhatsApp kami](/getting-started/contact).</Tip>
  </Step>

  <Step title="Sahkan">
    Tekan butang **"Create Program"** di bahagian bawah borang. Selesai — program anda sudah aktif.
  </Step>
</Steps>

<Frame caption="Borang Create Program">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-create-form.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=fbeb7ded56e790fabda6fe4057fd40f6" alt="Borang untuk mencipta program loyalty baharu dalam aplikasi" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-create-form.png" />
</Frame>

## 2. Pelanggan mendapatkan kad

<Steps>
  <Step title="Buka halaman kedai">
    Pelanggan boleh membuka `https://petakopi.my/nama-kedai-anda` di pelayar web.
  </Step>

  <Step title="Tekan Get Loyalty Card">
    Akan ada butang hitam **"Get Loyalty Card"**.
  </Step>

  <Step title="Muat turun ke wallet">
    Tekan butang tersebut — kad akan dimuat turun ke **Apple Wallet** atau **Google Wallet**. Pelanggan perlu log masuk terlebih dahulu.
  </Step>
</Steps>

<Frame caption="Butang Get Loyalty Card di halaman kedai">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-get-card.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=937e03e3c61cd4789eb37e2f72434004" alt="Halaman kedai di petakopi.my dengan butang hitam Get Loyalty Card" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-get-card.png" />
</Frame>

<Frame caption="Kad loyalty dalam Apple Wallet / Google Wallet">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-wallet-card.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=c2bd39da6c75642174ec3a3f61531200" alt="Kad loyalty selepas dimuat turun ke wallet" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-wallet-card.png" />
</Frame>

Selesai — kad sudah tersimpan dalam wallet pelanggan. Seterusnya, mari kita imbas QR.

## 3. Berikan stamp

<Frame caption="Menu Scan di tab Home">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-scan-menu.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=187d412423717d5f3eb6ba7ca8addc07" alt="Tab Home dalam aplikasi dengan menu Scan" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-scan-menu.png" />
</Frame>

<Steps>
  <Step title="Pelanggan buka kad">
    Minta pelanggan membuka Apple Wallet atau Google Wallet, kemudian buka kad loyalty kedai anda. Kod QR akan dipaparkan.
  </Step>

  <Step title="Buka Scan dalam aplikasi">
    Sebagai pemilik, buka aplikasi dan pilih menu **"Scan"** (juga di tab Home).
  </Step>

  <Step title="Imbas QR">
    Imbas kod QR pelanggan, kemudian tetapkan bilangan stamp yang ingin diberikan.

    <Tip>Cuba berikan 5 stamp dahulu, kemudian 5 lagi sehingga cukup 10 stamp. Langkah ini memastikan keseluruhan aliran berjalan lancar sebelum digunakan dengan pelanggan sebenar.</Tip>
  </Step>

  <Step title="Sahkan">
    Setiap kali stamp ditambah, kad pelanggan dalam wallet akan dikemas kini secara automatik.
  </Step>
</Steps>

<Frame caption="Pilih bilangan stamp dan sahkan">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-add-stamps.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=f97c1ad150848be05a90123b2d1ff703" alt="Skrin selepas imbas QR dengan pilihan bilangan stamp dan butang Add Stamps" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-add-stamps.png" />
</Frame>

## 4. Tebus ganjaran

<Steps>
  <Step title="Cukup stamp">
    Setelah pelanggan mengumpul cukup 10 stamp (atau jumlah yang anda tetapkan), pelanggan boleh menebus ganjaran.
  </Step>

  <Step title="Imbas sekali lagi">
    Sama seperti memberi stamp — imbas kod QR pelanggan sekali lagi untuk menandakan ganjaran telah ditebus.
  </Step>

  <Step title="Kad tamat">
    Selepas ditebus, kad tersebut tidak boleh digunakan lagi.
  </Step>

  <Step title="Kad baharu">
    Untuk pelanggan menyertai program semula, pelanggan perlu menekan **"Get Loyalty Card"** sekali lagi dari halaman kedai untuk mendapatkan kad baharu.
  </Step>
</Steps>

<Frame caption="Tebus ganjaran dan kad selesai">
  <img src="https://mintcdn.com/petakopimy/G8R_d079Fqqnqro8/images/loyalty-card/quick-start-bm-redeem.png?fit=max&auto=format&n=G8R_d079Fqqnqro8&q=85&s=6154ee07325f5dfca56a9bf9c50b3913" alt="Skrin tebus ganjaran dan pengesahan ganjaran telah dituntut" width="1920" height="1440" data-path="images/loyalty-card/quick-start-bm-redeem.png" />
</Frame>

## Bahan promosi

Pamerkan kod QR bercetak di kaunter supaya pelanggan boleh mengimbas dan mendaftar tanpa perlu menaip URL kedai. Lihat [halaman QR template](/loyalty-card/qr-template) (dalam Bahasa Inggeris) untuk memilih reka bentuk dan meminta fail siap cetak untuk kedai anda.

## Seterusnya

<CardGroup cols={2}>
  <Card title="Untuk Pemilik Kedai" icon="store" href="/loyalty-card/for-owners">
    Panduan lengkap untuk menguruskan program, menyesuaikan rupa kad, dan menghantar mesej kepada pelanggan.
  </Card>

  <Card title="Untuk Pelanggan" icon="user" href="/loyalty-card/for-customers">
    Bagaimana pelanggan mengumpul stamp, melihat kad, dan menebus ganjaran.
  </Card>
</CardGroup>
