Belum memuat turun aplikasi? Muat turun di sini. Untuk versi Bahasa Inggeris, lihat Quick Start (EN).
Cuba semua aliran
Sebaiknya, kita cuba semua aliran ini terlebih dahulu — sebagai pemilik dan juga sebagai pelanggan (gunakan dua telefon atau dua akaun berbeza supaya anda dapat melihat dari kedua-dua sudut):- Cipta program loyalty (sebagai pemilik)
- Muat turun kad (sebagai pemilik dan pelanggan)
- Berikan stamp (sebagai pemilik dan pelanggan)
- Tebus ganjaran (sebagai pemilik dan pelanggan)
- Muat turun kad baharu (sebagai pemilik dan pelanggan)
Pelanggan tidak perlu memuat turun aplikasi. Mereka boleh mendapatkan dan menggunakan kad terus dari pelayar web di telefon. Aliran ini sengaja direka supaya pelanggan tidak perlu menunggu lama di kaunter — proses yang pantas bermakna giliran bergerak laju, dan itu baik untuk bisnes anda.
1. Cipta program

Tab Home dengan menu Manage
1
Buka Home
Tekan Home di bahagian bawah kiri.
2
Pergi ke Manage
Anda akan melihat menu “Manage” di sini.
3
Pilih kedai anda
Selepas klik, nama kedai anda akan dipaparkan dalam senarai. Klik nama kedai tersebut.
4
Buka Loyalty
Kemudian klik Loyalty.
5
Tekan Create Program
Seterusnya tekan “Create Program” di bahagian atas kanan.

Senarai program loyalty dengan butang Create Program
1
Isi maklumat
Isi maklumat program. Untuk percubaan, ringkaskan dahulu — kita hanya ingin mencuba.Cukup masukkan nama program sahaja. Medan yang lain tidak perlu diisi kerana ini hanya percubaan.
2
Sahkan
Tekan butang “Create Program” di bahagian bawah borang. Selesai — program anda sudah aktif.

Borang Create Program
2. Pelanggan mendapatkan kad
1
Buka halaman kedai
Pelanggan boleh membuka
https://petakopi.my/nama-kedai-anda di pelayar web.2
Tekan Get Loyalty Card
Akan ada butang hitam “Get Loyalty Card”.
3
Muat turun ke wallet
Tekan butang tersebut — kad akan dimuat turun ke Apple Wallet atau Google Wallet. Pelanggan perlu log masuk terlebih dahulu.

Butang Get Loyalty Card di halaman kedai

Kad loyalty dalam Apple Wallet / Google Wallet
3. Berikan stamp

Menu Scan di tab Home
1
Pelanggan buka kad
Minta pelanggan membuka Apple Wallet atau Google Wallet, kemudian buka kad loyalty kedai anda. Kod QR akan dipaparkan.
2
Buka Scan dalam aplikasi
Sebagai pemilik, buka aplikasi dan pilih menu “Scan” (juga di tab Home).
3
Imbas QR
Imbas kod QR pelanggan, kemudian tetapkan bilangan stamp yang ingin diberikan.
4
Sahkan
Setiap kali stamp ditambah, kad pelanggan dalam wallet akan dikemas kini secara automatik.

Pilih bilangan stamp dan sahkan
4. Tebus ganjaran
1
Cukup stamp
Setelah pelanggan mengumpul cukup 10 stamp (atau jumlah yang anda tetapkan), pelanggan boleh menebus ganjaran.
2
Imbas sekali lagi
Sama seperti memberi stamp — imbas kod QR pelanggan sekali lagi untuk menandakan ganjaran telah ditebus.
3
Kad tamat
Selepas ditebus, kad tersebut tidak boleh digunakan lagi.
4
Kad baharu
Untuk pelanggan menyertai program semula, pelanggan perlu menekan “Get Loyalty Card” sekali lagi dari halaman kedai untuk mendapatkan kad baharu.

Tebus ganjaran dan kad selesai
Bahan promosi
Pamerkan kod QR bercetak di kaunter supaya pelanggan boleh mengimbas dan mendaftar tanpa perlu menaip URL kedai. Lihat halaman QR template (dalam Bahasa Inggeris) untuk memilih reka bentuk dan meminta fail siap cetak untuk kedai anda.Seterusnya
Untuk Pemilik Kedai
Panduan lengkap untuk menguruskan program, menyesuaikan rupa kad, dan menghantar mesej kepada pelanggan.
Untuk Pelanggan
Bagaimana pelanggan mengumpul stamp, melihat kad, dan menebus ganjaran.

